Saturday 24 November 2012

Panduan Penjagaan Handbag

Salam semua..



Sumber: Google Image
 
Seperti manusia, handbag juga memerlukan penjagaan yang baik dan rapi.. Sesekali, handbag juga ]perlu dibawa untuk 'spa treatment' bagi memastikan ia tahan lama dan tidak mudah rosak. Ramai yang berpendapat bahawa penjagaan handbag memerlukan kos yang mahal, terutama bagi handbag berjenama terkenal. Namun, ramai juga yang tidak perasan sebenarnya penjagaan handbag itu  terletak pada kita sendiri. 

Penjagaan handbag yang paling menjimatkan adalah secara 'Do It Yourself" di rumah. Ingin tahu bagaimana..?? mudah sahaja..

1.   Simpan handbag yang tidak dipakai

Sekiranya anda mempunyai pelbagai koleksi handbag yang tidak dipakai, simpan handbag-handbag tersebut di dalam karung khas (diperoleh semasa membeli handbag), kotak atau diikat dalam plastik untuk memastikan handbag tersebut kekal baik dalam keadaannya. 

2.   Pakai handbag yang sudah lama tersimpan

Handbag akan menjadi rosak sekiranya tidak dipakai dan disimpan terlalu lama. Untuk menyelesaikan masalah ini, pakai handbag yang sudah lama tersimpan secara berselang hari. Jika anda tidak mahu pakai, anda juga boleh mengelap  handbag-handbag ini untuk memastikan ia sentiasa kekal baik dan tidak mudah rosak.

3.   Elakkan handbag dari kelembapan yang tinggi

Sama seperti kasut, sesetengah handbag juga akan dibekalkan dengan sejenis bahan pencegah lembapan (terdapat dalam handbag ketika mula membeli). Sebaiknya bahan ini jangan dibuang kerana ia boleh digunakan ketika menyimpan handbang yang jarang dipakai untuk mengelakkan ia menjadi rosak, kesan dari lembapan yang tinggi dari persekitaran.

4.   Bersihkan handbag dengan pencuci khas

Setiap handbag mempunyai cara dan teknik penjagaannya sendiri, mengikut jenis material handbag tersebut. Untuk penjagaan yang lebih baik, anda boleh mendapatkan cecair pembersih handbag di mana-mana kedai menjual handbag dengan harga berpatutan. Bagi sesetengah jenis handbag, anda juga boleh mendapatkan panduan membersihkan handbag tesebut dari butik tempat anda membeli handbag atau pencuci berkenaan.

5.   'Spa Treatment' untuk handbag bermasalah

Untuk handbag yang bermasalah, jangan biarkan ia menjadi semakin teruk. Sebaliknya, hantar handbag ini ke mana-mana kedai yang pakar membaiki handbag untuk membaik pulihnya. Anda perlu ingat bahawa banyak wang telah dilaburkan untuk membeli handbag dan anda pasti tidak mahu ia menjadi rosak begitu sahaja.

Friday 23 November 2012

Tip dan Panduan Membeli Handbag

Salam semua..

 
Sumber: Google Image
 
Wanita sememangnya tidak boleh lari dari fesyen dan kecantikan.. Setiap kali keluar ke pusat beli belah tempat pertama sekali yang dituju sudah pasti bahagian wanita.. Kalau bukan ke tempat pakaian, cari sahaja mereka di tempat pewangi (purfume), kasut, make-up dan handbag.. Bagi wanita, membeli belah (shopping) adalah satu terapi yang sangat berkesan untuk mengurangkan stress di pejabat..

Sebut tentang handbag, berapa ramai wanita hari ini yang benar-benar tahu cara untuk memilih dan membeli handbag? tak ramai sebenarnya yang benar-benar pasti cara memilih handbag yang betul.. Rata-rata wanita yang ditemui membeli bukan atas dasar keperluan tetapi lebih kepada emosi dan perasaan.. 

Jadi, pada entri kali ini, Kami ingin memberi anda beberapa tip dan panduan bagaimana memilih dan membeli handbag yang betul:


1.   Kewangan


Sumber: Google Image
 
Kaji kemampuan kewangan anda dahulu sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan rasa kecewa dengan pembelian yang dibuat, terutamanya bagi barangan yang mahal harganya. Tidak salah untuk memakai handbag dari jenama terkenal asalkan ia tidak terkeluar dari bajet bulanan anda.

2.   Majlis dan Acara

 
Sumber: Google Image
 
Pilih handbag dan wallet yang bersesuaian dengan majlis dan acara yang ingin dihadiri. Sekiranya anda ingin menghadiri majlis makan malam, handbag yang digunakan ke pejabat pastinya tidak sesuai atas faktor saiz, warna dan protokol majlis. Jadi, pastikan anda tahu majlis apakah yang ingin dihadiri bagi mengelakkan anda dikatakan tidak tahu protokol majlis.

3.   Design
Sumber: Google Image
 
Pastikan design yang pilih benar-benar mengikut citarasa dan bersesuaian dengan saiz dan usia anda. Anda juga pasti tidak mahu dikatakan 'berusia' di usia muda kesan dari pemilihan corak dan jenis handbag yang salah.

4.   Cuaca dan Iklim

 
 
Sumber: Google Image
 
Pilih handbag atau wallet yang bersesuai dengan iklim dan cuaca setempat di mana anda berada. Handbag dengan corak berbulu-bulu mungkin agak tidak bersesuaian dengan cuaca dan persekitaran yang panas seperti di negara-negara Timur Tengah, dan sebaliknya.

5.   Saiz
 
Sumber: Google Image
 
Sekiranya anda sentiasa membawa barang yang banyak bersama anda, pilih handbag yang sedikit besar bagi memudahkan anda menyimpan barangan tersebut. Bagi ibu muda, handbag yang kecil pastinya tidak sesuai untuk anda membawa pelbagai barangan keperluan anda dan bayi. Handbag kini bukan sekadar gaya, tetapi ia juga telah menjadi keperluan penting kepada wanita. Jadi, pastikan anda kaji dahulu keperluan anda sebelum memilih handbag.

Untuk mengetahui tip-tip dan panduan yang lain, nantikan entri-entri Kami yang akan datang.. Pastikan anda terus bersama Kami~
 

Wallet Wanita

 
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung Hujungminggu Boutique..

Kali ini Kami ingin memperkenalkan kepada anda koleksi wallet dan purse khusus untuk wanita yang terdapat di Hujungminggu Boutique.. Kami mempunyai rangkaian wallet dan purse yang cantik dan trendy dengan design dan warna yang pelbagai untuk dipilih..
 
 
 


Untuk design dan koleksi wallet wanita yang lain, Kami akan muat naik (upload) gambar-gambar dan info terkini mengenainya pada entri-entri yang akan datang.. Jadi kepada anda pelanggan-pelanggan dan pengunjung-pengunjung Hujungminggu Boutique, jangan ketinggalan untuk mendapatkan update terkini Kami..

 
Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai wallet dan purse ini, sila tinggalkan komen anda disini atau e-mel kepada Kami di hujungmingguboutique@gmail.com..
 
Terima Kasih dari Team Hujungminggu Boutique~

Pembukaan Baru Cawangan Hujungminggu Boutique pada bulan Disember 2012

Salam kepada semua pelanggan dan pengunjung Hujungminggu Boutique..

 
BERITA BAIK: Pembukaan baru cawangan Hujungminggu Boutique di Negeri Sembilan pada bulan Disember 2012


Kami dengan rasa gembira dan bangganya ini mengumumkan bahawa cawangan Hujungminggu Boutique akan dibuka di Negeri Sembilan pada bulan Disember 2012 ini.
 
Sebagai promosi pembukaan yang gilang gemilang ini, Kami dengan berbesar hati ingin memberikan HADIAH PERCUMA kepada anda yang sentiasa memberi kepercayaan dan sokongan kepada Hujungminggu Boutique.. 

 
Jadi bagaimana nak mendapatkan HADIAH PERCUMA ini..?? Apa yang perlu anda buat sekarang adalah SMS <Nama> <No. KP> dan hantar ke 019-6799980 untuk menebus HADIAH PERCUMA anda.. Hanya 300 orang pelanggan yang terpantas sahaja yang akan berpeluang menerima HADIAH PERCUMA ini.. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan HADIAH PERCUMA ini sempena pembukaan baru cawangan Hujungminggu Boutique pada bulan Disember ini..
 
Cawangan Hujungminggu Boutique yang baru ini juga akan menampilkan pelbagai rangkaian dan koleksi handbag, wallet dan aksesori wanita yang istimewa khusus untuk wanita yang sentiasa ingin tampil cantik, anggun dan bergaya..

Nantikan pelbagai tawaran dan promosi istimewa yang lain hanya di Hujungminggu Boutique..

Rahsia wallet merah, angpow dan duit

Hai semua..

Harap semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.. Pada entri kali ini Kami ingin bercerita satu kisah yang pada Kami sangat menarik untuk dikongsi bersama anda semua..
 



Baru-baru ini, ada seorang pelanggan yang memesan handbag dan wallet berwarna merah.. Semua yang dicarinya dari handbag hingga lah wallet dan purse mengisi duit syiling juga berwarna merah.. Memandangkan koleksi berwarna merah ketika itu hampir kehabisan, maka Kami telah mencadangkan kepada beliau untuk memilih warna lain.. Tapi, beliau langsung tidak mahu dan kemudian memberitahu Kami satu rahsia..
 
 
 
Gambar sebagai hiasan sahaja
 
Katanya, kita kalau mahu sentiasa kekal 'berduit' dan rezeki berpanjangan, pakailah beg berwarna merah terutamanya wallet untuk mengisi duit dan kad-kad bank.. dan Alhamdulillah semenjak beliau memakai handbag dan wallet berwarna merah ini, beliau sentiasa murah rezeki dan 'tak putus duit'.. Petua memakai wallet merah ini diperolehi daripada seorang rakan beliau yang turut mengamalkan petua yang sama..
 
Mendengar cerita ini mengingatkan Kami kepada kisah angpow merah pada setiap kali Tahun Baru Cina diadakan.. Bagi kaum Cina, merah adalah lambang kekayaan.. Dan pada hari kebesaran ini juga mereka akan memakai semua yang berunsurkan warna merah.. Malah, pakaian pengantin juga turut dibuat dengan warna merah sebagai lambang kekayaan dan tuah yang berpanjangan.. 
 
Walau warna apa pun sebenarnya, ia bergantung kepada pilihan dan citarasa individu itu sendiri..
 
Jadi, kepada anda yang lain, sekiranya anda mempunyai cerita-cerita menarik seperti ini, mari kongsi bersama Kami.. :)
 

Thursday 22 November 2012

Handbag cantik dan bergaya ke mana jua

Salam semua..
 
Sumber: Google Image
 
Bagi mereka yang sedang tercari-cari handbag yang cantik, feminin dan bergaya untuk ke pejabat, acara-acara rasmi dan bersantai, Kami tampilkan disini koleksi handbag yang sesuai untuk anda..
 
 
 
 
Handbag ini dibuat dari material berkualiti tinggi dan didatangkan khas dengan tali panjang dalam 4 pilihan warna - merah, kuning, coklat dan hitam.. Untuk wanita muda, khususnya mereka yang berkerjaya, aktif dan trendy, handbag ini bukan sahaja sesuai untuk digayakan ke tempat kerja, tetapi juga sangat menarik untuk pakai ketika menghadiri acara-acara rasmi seperti mesyuarat dan jamuan penting.
 
 
Bagi anda yang bercadang untuk keluar beriadah bersama keluarga, hanya pasangkan tali handbag dan silangkan di bahu dan badan anda.. Dalam masa 5 minit, anda sudah boleh bergaya ke mana juga..
 
Selain dari koleksi ini, Kami juga mempunyai banyak koleksi lain yang menarik untuk dipilih.. Nantikan entri Kami yang akan datang untuk pilihan-pilihan handbag yang lain..

Wednesday 21 November 2012

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
 
 
Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung laman Hujungminggu Boutique.. Di laman ini, Kami akan berkongsi bagaimana anda boleh sentiasa tampil cantik, jelita dan bergaya dengan hanya mengenakan produk dan aksesori dari Hujungminggu Boutique.
 
 
Tak pandai memilih? usah risau.. Di Hujungminggu Boutique, Kami juga memberi khidmat nasihat mengenai pemilihan handbag dan aksesori yang bersesuaian untuk anda menghadiri pelbagai majlis dan acara seperti ke pejabat, majlis makan malam, upacara perkahwinan, riadah, bersantai dan sebagainya. 
 
Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti perkembangan Hujungminggu Boutique untuk mendapatkan tips dan panduan berfesyen serta maklumat mengenai koleksi dan produk-produk terbaru Hujungminggu Boutique..
 
Bagi meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan Kami di masa akan datang, sila kemukakan komen dan pandangan anda di hujungmingguboutique@gmail.com.