Saturday 5 January 2013

Jawatan Kosong: Pembantu Jualan

Salam Semua..


Bagi memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan yang semakin meningkat, Hujungminggu Boutique kini membuka peluang pekerjaan kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan untuk jawatan Pembantu Jualan seperti berikut:

a)  Pemohon adalah seorang wanita muslim;

b)  Pemohon mestilah berumur di antara 20 hingga 30 tahun;

c)  Pemohon mempunyai kelulusan minimum di peringkat SPM;

d)  Pemohon mempunyai sedikit pengetahuan tentang jualan dan pemasaran - latihan juga akan diberikan;

e)  Pemohon mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak;

f)  Pemohon mempunyai perwatakan yang kemas dan menarik sebagai pembantu jualan;

g)  Pemohon mestilah bijak berkomunikasi secara baik dengan pelanggan; dan

h)  Pemohon mestilah boleh bekerja lebih masa dan sanggup bekerja di hujung minggu dan cuti umum.


Sekiranya anda seorang yang aktif, ingin mencuba peluang baru, mahu pengalaman kerja yang menarik serta telah memenuhi kriteria pemilihan di atas, anda orang yang Kami cari. Jadi jangan lepaskan peluang ini kerana setiap pemohon yang berjaya akan menerima pelbagai faedah dan ganjaran yang istimewa dan menarik.

Hubungi Kami segera di talian 019-6799980 untuk temuduga segera.

Produk Hebat Harga Jimat

Salam semua..

Alhamdulillah.. Hujungminggu Boutique kini telah beroperasi sepenuhnya di Bahau, Negeri Sembilan. Sepanjang tempoh promosi, semua pelanggan yang hadir gembira dengan koleksi dan produk Hujungminggu Boutique. Terima kasih yang tidak terhingga Hujungminggu Boutique ucapkan di atas sokongan anda yang berterusan. Semoga anda gembira dengan koleksi Hujungminggu Boutique dan hadiah-hadiah percuma yang telah diedarkan kepada anda.

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi Hujungminggu Boutique, sila kunjungi Boutique Kami untuk mendapatkan pelbagai promosi menarik dan hadiah percuma. Nak tau lagi tentang produk Kami? Jom tengok gambar-gambar koleksi Hujungminggu Boutique di bawah ini:

Handbag - boleh diguna ke pejabat untuk mengisi laptop dan dokumen


Handbag berasakan mengkuang dalam pelbagai warna

Beg ala Inggeris

Beg kecil & ringkas - boleh diisi dengan duit, kunci, kad-kad penting

Beg bertali panjang - sesuai untuk anak-anak remaja & boleh diisi handphone, duit, wallet panjang, kunci dan kad-kad penting

Dompet duit untuk ibu dan anak-anak


Beg tangan mengkuang

Wallet wanita - didatangkan khas bersama kotak & sesuai untuk hadiah

Jadi, kepada anda yang berminat dengan koleksi ini, boleh hubungi Hujungminggu Boutique di Bahau, Negeri Sembilan atau hubungi 019-6799980/ hujungmingguboutique@gmail.com untuk pertanyaan dan tempahan.

Untuk produk dan koleksi lain, nantikan entri Kami yang seterusnya..