Salam semua..
Sumber: Google Image
Seperti manusia, handbag juga memerlukan penjagaan yang baik dan rapi.. Sesekali, handbag juga ]perlu dibawa untuk 'spa treatment' bagi memastikan ia tahan lama dan tidak mudah rosak. Ramai yang berpendapat bahawa penjagaan handbag memerlukan kos yang mahal, terutama bagi handbag berjenama terkenal. Namun, ramai juga yang tidak perasan sebenarnya penjagaan handbag itu terletak pada kita sendiri.
Penjagaan handbag yang paling menjimatkan adalah secara 'Do It Yourself" di rumah. Ingin tahu bagaimana..?? mudah sahaja..
1. Simpan handbag yang tidak dipakai
Sekiranya anda mempunyai pelbagai koleksi handbag yang tidak dipakai, simpan handbag-handbag tersebut di dalam karung khas (diperoleh semasa membeli handbag), kotak atau diikat dalam plastik untuk memastikan handbag tersebut kekal baik dalam keadaannya.
2. Pakai handbag yang sudah lama tersimpan
Handbag akan menjadi rosak sekiranya tidak dipakai dan disimpan terlalu lama. Untuk menyelesaikan masalah ini, pakai handbag yang sudah lama tersimpan secara berselang hari. Jika anda tidak mahu pakai, anda juga boleh mengelap handbag-handbag ini untuk memastikan ia sentiasa kekal baik dan tidak mudah rosak.
3. Elakkan handbag dari kelembapan yang tinggi
Sama seperti kasut, sesetengah handbag juga akan dibekalkan dengan sejenis bahan pencegah lembapan (terdapat dalam handbag ketika mula membeli). Sebaiknya bahan ini jangan dibuang kerana ia boleh digunakan ketika menyimpan handbang yang jarang dipakai untuk mengelakkan ia menjadi rosak, kesan dari lembapan yang tinggi dari persekitaran.
4. Bersihkan handbag dengan pencuci khas
Setiap handbag mempunyai cara dan teknik penjagaannya sendiri, mengikut jenis material handbag tersebut. Untuk penjagaan yang lebih baik, anda boleh mendapatkan cecair pembersih handbag di mana-mana kedai menjual handbag dengan harga berpatutan. Bagi sesetengah jenis handbag, anda juga boleh mendapatkan panduan membersihkan handbag tesebut dari butik tempat anda membeli handbag atau pencuci berkenaan.
5. 'Spa Treatment' untuk handbag bermasalah
Untuk handbag yang bermasalah, jangan biarkan ia menjadi semakin teruk. Sebaliknya, hantar handbag ini ke mana-mana kedai yang pakar membaiki handbag untuk membaik pulihnya. Anda perlu ingat bahawa banyak wang telah dilaburkan untuk membeli handbag dan anda pasti tidak mahu ia menjadi rosak begitu sahaja.