Friday 23 November 2012

Rahsia wallet merah, angpow dan duit

Hai semua..

Harap semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.. Pada entri kali ini Kami ingin bercerita satu kisah yang pada Kami sangat menarik untuk dikongsi bersama anda semua..
 



Baru-baru ini, ada seorang pelanggan yang memesan handbag dan wallet berwarna merah.. Semua yang dicarinya dari handbag hingga lah wallet dan purse mengisi duit syiling juga berwarna merah.. Memandangkan koleksi berwarna merah ketika itu hampir kehabisan, maka Kami telah mencadangkan kepada beliau untuk memilih warna lain.. Tapi, beliau langsung tidak mahu dan kemudian memberitahu Kami satu rahsia..
 
 
 
Gambar sebagai hiasan sahaja
 
Katanya, kita kalau mahu sentiasa kekal 'berduit' dan rezeki berpanjangan, pakailah beg berwarna merah terutamanya wallet untuk mengisi duit dan kad-kad bank.. dan Alhamdulillah semenjak beliau memakai handbag dan wallet berwarna merah ini, beliau sentiasa murah rezeki dan 'tak putus duit'.. Petua memakai wallet merah ini diperolehi daripada seorang rakan beliau yang turut mengamalkan petua yang sama..
 
Mendengar cerita ini mengingatkan Kami kepada kisah angpow merah pada setiap kali Tahun Baru Cina diadakan.. Bagi kaum Cina, merah adalah lambang kekayaan.. Dan pada hari kebesaran ini juga mereka akan memakai semua yang berunsurkan warna merah.. Malah, pakaian pengantin juga turut dibuat dengan warna merah sebagai lambang kekayaan dan tuah yang berpanjangan.. 
 
Walau warna apa pun sebenarnya, ia bergantung kepada pilihan dan citarasa individu itu sendiri..
 
Jadi, kepada anda yang lain, sekiranya anda mempunyai cerita-cerita menarik seperti ini, mari kongsi bersama Kami.. :)
 

No comments:

Post a Comment