Friday 23 November 2012

Tip dan Panduan Membeli Handbag

Salam semua..

 
Sumber: Google Image
 
Wanita sememangnya tidak boleh lari dari fesyen dan kecantikan.. Setiap kali keluar ke pusat beli belah tempat pertama sekali yang dituju sudah pasti bahagian wanita.. Kalau bukan ke tempat pakaian, cari sahaja mereka di tempat pewangi (purfume), kasut, make-up dan handbag.. Bagi wanita, membeli belah (shopping) adalah satu terapi yang sangat berkesan untuk mengurangkan stress di pejabat..

Sebut tentang handbag, berapa ramai wanita hari ini yang benar-benar tahu cara untuk memilih dan membeli handbag? tak ramai sebenarnya yang benar-benar pasti cara memilih handbag yang betul.. Rata-rata wanita yang ditemui membeli bukan atas dasar keperluan tetapi lebih kepada emosi dan perasaan.. 

Jadi, pada entri kali ini, Kami ingin memberi anda beberapa tip dan panduan bagaimana memilih dan membeli handbag yang betul:


1.   Kewangan


Sumber: Google Image
 
Kaji kemampuan kewangan anda dahulu sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan rasa kecewa dengan pembelian yang dibuat, terutamanya bagi barangan yang mahal harganya. Tidak salah untuk memakai handbag dari jenama terkenal asalkan ia tidak terkeluar dari bajet bulanan anda.

2.   Majlis dan Acara

 
Sumber: Google Image
 
Pilih handbag dan wallet yang bersesuaian dengan majlis dan acara yang ingin dihadiri. Sekiranya anda ingin menghadiri majlis makan malam, handbag yang digunakan ke pejabat pastinya tidak sesuai atas faktor saiz, warna dan protokol majlis. Jadi, pastikan anda tahu majlis apakah yang ingin dihadiri bagi mengelakkan anda dikatakan tidak tahu protokol majlis.

3.   Design
Sumber: Google Image
 
Pastikan design yang pilih benar-benar mengikut citarasa dan bersesuaian dengan saiz dan usia anda. Anda juga pasti tidak mahu dikatakan 'berusia' di usia muda kesan dari pemilihan corak dan jenis handbag yang salah.

4.   Cuaca dan Iklim

 
 
Sumber: Google Image
 
Pilih handbag atau wallet yang bersesuai dengan iklim dan cuaca setempat di mana anda berada. Handbag dengan corak berbulu-bulu mungkin agak tidak bersesuaian dengan cuaca dan persekitaran yang panas seperti di negara-negara Timur Tengah, dan sebaliknya.

5.   Saiz
 
Sumber: Google Image
 
Sekiranya anda sentiasa membawa barang yang banyak bersama anda, pilih handbag yang sedikit besar bagi memudahkan anda menyimpan barangan tersebut. Bagi ibu muda, handbag yang kecil pastinya tidak sesuai untuk anda membawa pelbagai barangan keperluan anda dan bayi. Handbag kini bukan sekadar gaya, tetapi ia juga telah menjadi keperluan penting kepada wanita. Jadi, pastikan anda kaji dahulu keperluan anda sebelum memilih handbag.

Untuk mengetahui tip-tip dan panduan yang lain, nantikan entri-entri Kami yang akan datang.. Pastikan anda terus bersama Kami~
 

No comments:

Post a Comment