Sunday 22 September 2013

Wanita & Orange - Serlahkan penampilan dirimu




Berapa ramai di antara anda yang suka pada warna oren? Berapa ramai pula yang tak suka pada warna oren? Tanpa kita sedar, warna sebenarnya melambangkan personaliti diri kita, walaupun pada warna yang paling kita tak gemari..!

Bagi penggemar warna Oren, anda dikatakan seorang yang positif, friendly, aktif dan suka pada aktiviti luar yang mencabar seperti mendaki gunung dan 'sky diving'.

Jika anda wanita bekerjaya yang aktif, pemilihan warna Oren dalam berfesyen dapat meningkatkan keyakinan diri dan menimbulkan mood yang bertenaga, terutamanya semasa menghadiri majlis, mesyuarat atau ke pejabat.


~The Gallery Hujungminggu.My~
hujungminggu.my@gmail.com | 019-6799980

Tuesday 26 February 2013

Hujungminggu.My Online Portal

Salam Semua..


Sudah lama rasanya Hujungminggu.My tidak bersua khabar dengan pengunjung semua. Bukan menghilangkan diri cuma sejak akhir-akhir ini Hujungminggu.My agak sibuk sedikit dengan promosi pembukaan Butik, menguruskan pelanggan dan juga projek terbaru iaitu Hujungminggu.My Online Portal.

Ahaha.. bercakap tentang Online Portal ni kan, Hujungminggu.My dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa Hujungminggu.My kini juga boleh dikunjungi di laman web www.hujungminggu.my. Di laman web ini, Hujungminggu.My memperkenalkan kepada anda produk-produk keluaran kami antaranya seperti handbang, wallet dan aksesori untuk wanita, remaja dan kanak-kanak.


Sebagai promosi pembukaan laman web ini, Hujungminggu.My berbesar hati memberikan kepada anda baucer diskaun sebanyak 20% apabila anda Like dan Share laman web Hujungminggu.My di Facebook. Dengan diskaun 20% ini, anda boleh menebus untuk membeli apa-apa sahaja produk dan barangan di Hujungminggu.My Online Portal. Hmm.. Menarik bukan? Dan lagi menarik, dengan setiap pembelian RM50, Hujungminggu.My berikan kepada anda penghantaran secara percuma ke mana-mana sahaja di Malaysia. Duduk-duduk sahaja pun dapat reward kan.. Bukan senang tau nak dapat tawaran macam ini.. Tapi di Hujungminggu.My segalanya mungkin tau.. Dan semuanya ini diberikan teristimewa sekali untuk anda.

Jadi, kenapa mesti tunggu lagi?? Jom layari www.hujungminggu.my untuk melihat produk-produk dan barangan hebat kami.. Jangan lupa juga untuk beritahu kepada semua adik beradik dan sanak saudara tau.. Kita jumpa di sana yer..

Saturday 5 January 2013

Jawatan Kosong: Pembantu Jualan

Salam Semua..


Bagi memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan yang semakin meningkat, Hujungminggu Boutique kini membuka peluang pekerjaan kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan untuk jawatan Pembantu Jualan seperti berikut:

a)  Pemohon adalah seorang wanita muslim;

b)  Pemohon mestilah berumur di antara 20 hingga 30 tahun;

c)  Pemohon mempunyai kelulusan minimum di peringkat SPM;

d)  Pemohon mempunyai sedikit pengetahuan tentang jualan dan pemasaran - latihan juga akan diberikan;

e)  Pemohon mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak;

f)  Pemohon mempunyai perwatakan yang kemas dan menarik sebagai pembantu jualan;

g)  Pemohon mestilah bijak berkomunikasi secara baik dengan pelanggan; dan

h)  Pemohon mestilah boleh bekerja lebih masa dan sanggup bekerja di hujung minggu dan cuti umum.


Sekiranya anda seorang yang aktif, ingin mencuba peluang baru, mahu pengalaman kerja yang menarik serta telah memenuhi kriteria pemilihan di atas, anda orang yang Kami cari. Jadi jangan lepaskan peluang ini kerana setiap pemohon yang berjaya akan menerima pelbagai faedah dan ganjaran yang istimewa dan menarik.

Hubungi Kami segera di talian 019-6799980 untuk temuduga segera.

Produk Hebat Harga Jimat

Salam semua..

Alhamdulillah.. Hujungminggu Boutique kini telah beroperasi sepenuhnya di Bahau, Negeri Sembilan. Sepanjang tempoh promosi, semua pelanggan yang hadir gembira dengan koleksi dan produk Hujungminggu Boutique. Terima kasih yang tidak terhingga Hujungminggu Boutique ucapkan di atas sokongan anda yang berterusan. Semoga anda gembira dengan koleksi Hujungminggu Boutique dan hadiah-hadiah percuma yang telah diedarkan kepada anda.

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi Hujungminggu Boutique, sila kunjungi Boutique Kami untuk mendapatkan pelbagai promosi menarik dan hadiah percuma. Nak tau lagi tentang produk Kami? Jom tengok gambar-gambar koleksi Hujungminggu Boutique di bawah ini:

Handbag - boleh diguna ke pejabat untuk mengisi laptop dan dokumen


Handbag berasakan mengkuang dalam pelbagai warna

Beg ala Inggeris

Beg kecil & ringkas - boleh diisi dengan duit, kunci, kad-kad penting

Beg bertali panjang - sesuai untuk anak-anak remaja & boleh diisi handphone, duit, wallet panjang, kunci dan kad-kad penting

Dompet duit untuk ibu dan anak-anak


Beg tangan mengkuang

Wallet wanita - didatangkan khas bersama kotak & sesuai untuk hadiah

Jadi, kepada anda yang berminat dengan koleksi ini, boleh hubungi Hujungminggu Boutique di Bahau, Negeri Sembilan atau hubungi 019-6799980/ hujungmingguboutique@gmail.com untuk pertanyaan dan tempahan.

Untuk produk dan koleksi lain, nantikan entri Kami yang seterusnya..

Sunday 23 December 2012

Kini Dibuka: Hujungminggu Boutique di Bahau, Negeri Sembilan

Salam Semua. 

Kami dengan rasa penuh gembira dan bangganya ingin mengumumkan bahawa Hujungminggu Boutique kini telah dibuka dengan rasminya di Bahau, Negeri Sembilan. 


 


Kepada anda yang masih tercari-cari design menarik dengan harga yang sangat berpatutan, Hujungminggu Boutique pasti tidak akan mengecewakan anda.. Anda boleh memilih pelbagai rangkaian handbang, wallet dan aksesori wanita dalam pelbagai rekaan dan warna yang semestinya sangat berbeza dari yang lain.. Di Hujungminggu Boutique, anda bebas menentukan sendiri personaliti dan penampilan anda.. 


Sebagai BONUS PEMBUKAAN, Kami ingin menawarkan kepada anda Diskaun 10% bagi setiap pembelian handbang, wallet dan aksesori wanita di Hujungminggu Boutique. Ahaaaa.. bukan itu sahaja tau.. Sekiranya anda membeli barangan Hujungminggu Boutique bernilai RM30 ke atas dalam 1 resit, anda juga LAYAK menerima HADIAH PERCUMA.. Promosi TERHAD untuk 3 HARI SAHAJA dari 23 hingga 25 Disember 2012.

Jadi kepada anda yang berada di Bahau, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan kawasan lain di sekitarnya jom datang ke Hujungminggu Boutique untuk membeli serta menebus DISKAUN 10% dan HADIAH PERCUMA.. Ingat.. Promosi ini terhad untuk 3 HARI SAHAJA.. Selepas dari tarikh ini, semua produk dan barangan akan kembali ke harga asal.. Nak lebih penjimatan?? Nak BONUS ISTIMEWA?? Jom temui kami di Hujungminggu Boutique, Bahau. Lokasi Kami adalah di belakang KFC Bahau..


Kami menanti anda di sana..

Saturday 24 November 2012

Panduan Penjagaan Handbag

Salam semua..



Sumber: Google Image
 
Seperti manusia, handbag juga memerlukan penjagaan yang baik dan rapi.. Sesekali, handbag juga ]perlu dibawa untuk 'spa treatment' bagi memastikan ia tahan lama dan tidak mudah rosak. Ramai yang berpendapat bahawa penjagaan handbag memerlukan kos yang mahal, terutama bagi handbag berjenama terkenal. Namun, ramai juga yang tidak perasan sebenarnya penjagaan handbag itu  terletak pada kita sendiri. 

Penjagaan handbag yang paling menjimatkan adalah secara 'Do It Yourself" di rumah. Ingin tahu bagaimana..?? mudah sahaja..

1.   Simpan handbag yang tidak dipakai

Sekiranya anda mempunyai pelbagai koleksi handbag yang tidak dipakai, simpan handbag-handbag tersebut di dalam karung khas (diperoleh semasa membeli handbag), kotak atau diikat dalam plastik untuk memastikan handbag tersebut kekal baik dalam keadaannya. 

2.   Pakai handbag yang sudah lama tersimpan

Handbag akan menjadi rosak sekiranya tidak dipakai dan disimpan terlalu lama. Untuk menyelesaikan masalah ini, pakai handbag yang sudah lama tersimpan secara berselang hari. Jika anda tidak mahu pakai, anda juga boleh mengelap  handbag-handbag ini untuk memastikan ia sentiasa kekal baik dan tidak mudah rosak.

3.   Elakkan handbag dari kelembapan yang tinggi

Sama seperti kasut, sesetengah handbag juga akan dibekalkan dengan sejenis bahan pencegah lembapan (terdapat dalam handbag ketika mula membeli). Sebaiknya bahan ini jangan dibuang kerana ia boleh digunakan ketika menyimpan handbang yang jarang dipakai untuk mengelakkan ia menjadi rosak, kesan dari lembapan yang tinggi dari persekitaran.

4.   Bersihkan handbag dengan pencuci khas

Setiap handbag mempunyai cara dan teknik penjagaannya sendiri, mengikut jenis material handbag tersebut. Untuk penjagaan yang lebih baik, anda boleh mendapatkan cecair pembersih handbag di mana-mana kedai menjual handbag dengan harga berpatutan. Bagi sesetengah jenis handbag, anda juga boleh mendapatkan panduan membersihkan handbag tesebut dari butik tempat anda membeli handbag atau pencuci berkenaan.

5.   'Spa Treatment' untuk handbag bermasalah

Untuk handbag yang bermasalah, jangan biarkan ia menjadi semakin teruk. Sebaliknya, hantar handbag ini ke mana-mana kedai yang pakar membaiki handbag untuk membaik pulihnya. Anda perlu ingat bahawa banyak wang telah dilaburkan untuk membeli handbag dan anda pasti tidak mahu ia menjadi rosak begitu sahaja.

Friday 23 November 2012

Tip dan Panduan Membeli Handbag

Salam semua..

 
Sumber: Google Image
 
Wanita sememangnya tidak boleh lari dari fesyen dan kecantikan.. Setiap kali keluar ke pusat beli belah tempat pertama sekali yang dituju sudah pasti bahagian wanita.. Kalau bukan ke tempat pakaian, cari sahaja mereka di tempat pewangi (purfume), kasut, make-up dan handbag.. Bagi wanita, membeli belah (shopping) adalah satu terapi yang sangat berkesan untuk mengurangkan stress di pejabat..

Sebut tentang handbag, berapa ramai wanita hari ini yang benar-benar tahu cara untuk memilih dan membeli handbag? tak ramai sebenarnya yang benar-benar pasti cara memilih handbag yang betul.. Rata-rata wanita yang ditemui membeli bukan atas dasar keperluan tetapi lebih kepada emosi dan perasaan.. 

Jadi, pada entri kali ini, Kami ingin memberi anda beberapa tip dan panduan bagaimana memilih dan membeli handbag yang betul:


1.   Kewangan


Sumber: Google Image
 
Kaji kemampuan kewangan anda dahulu sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan rasa kecewa dengan pembelian yang dibuat, terutamanya bagi barangan yang mahal harganya. Tidak salah untuk memakai handbag dari jenama terkenal asalkan ia tidak terkeluar dari bajet bulanan anda.

2.   Majlis dan Acara

 
Sumber: Google Image
 
Pilih handbag dan wallet yang bersesuaian dengan majlis dan acara yang ingin dihadiri. Sekiranya anda ingin menghadiri majlis makan malam, handbag yang digunakan ke pejabat pastinya tidak sesuai atas faktor saiz, warna dan protokol majlis. Jadi, pastikan anda tahu majlis apakah yang ingin dihadiri bagi mengelakkan anda dikatakan tidak tahu protokol majlis.

3.   Design
Sumber: Google Image
 
Pastikan design yang pilih benar-benar mengikut citarasa dan bersesuaian dengan saiz dan usia anda. Anda juga pasti tidak mahu dikatakan 'berusia' di usia muda kesan dari pemilihan corak dan jenis handbag yang salah.

4.   Cuaca dan Iklim

 
 
Sumber: Google Image
 
Pilih handbag atau wallet yang bersesuai dengan iklim dan cuaca setempat di mana anda berada. Handbag dengan corak berbulu-bulu mungkin agak tidak bersesuaian dengan cuaca dan persekitaran yang panas seperti di negara-negara Timur Tengah, dan sebaliknya.

5.   Saiz
 
Sumber: Google Image
 
Sekiranya anda sentiasa membawa barang yang banyak bersama anda, pilih handbag yang sedikit besar bagi memudahkan anda menyimpan barangan tersebut. Bagi ibu muda, handbag yang kecil pastinya tidak sesuai untuk anda membawa pelbagai barangan keperluan anda dan bayi. Handbag kini bukan sekadar gaya, tetapi ia juga telah menjadi keperluan penting kepada wanita. Jadi, pastikan anda kaji dahulu keperluan anda sebelum memilih handbag.

Untuk mengetahui tip-tip dan panduan yang lain, nantikan entri-entri Kami yang akan datang.. Pastikan anda terus bersama Kami~