Saturday 5 January 2013

Jawatan Kosong: Pembantu Jualan

Salam Semua..


Bagi memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan yang semakin meningkat, Hujungminggu Boutique kini membuka peluang pekerjaan kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan untuk jawatan Pembantu Jualan seperti berikut:

a)  Pemohon adalah seorang wanita muslim;

b)  Pemohon mestilah berumur di antara 20 hingga 30 tahun;

c)  Pemohon mempunyai kelulusan minimum di peringkat SPM;

d)  Pemohon mempunyai sedikit pengetahuan tentang jualan dan pemasaran - latihan juga akan diberikan;

e)  Pemohon mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak;

f)  Pemohon mempunyai perwatakan yang kemas dan menarik sebagai pembantu jualan;

g)  Pemohon mestilah bijak berkomunikasi secara baik dengan pelanggan; dan

h)  Pemohon mestilah boleh bekerja lebih masa dan sanggup bekerja di hujung minggu dan cuti umum.


Sekiranya anda seorang yang aktif, ingin mencuba peluang baru, mahu pengalaman kerja yang menarik serta telah memenuhi kriteria pemilihan di atas, anda orang yang Kami cari. Jadi jangan lepaskan peluang ini kerana setiap pemohon yang berjaya akan menerima pelbagai faedah dan ganjaran yang istimewa dan menarik.

Hubungi Kami segera di talian 019-6799980 untuk temuduga segera.

No comments:

Post a Comment